Positive Shelter Home(POSHe) – Bantuan Sempena Sambutan Hari Raya(2012)

Seperti lawatan kami pada awal tahun iaitu 1 Januari 2012(INI) sempena musim sesi persekolahan baru tapi pada 22 Ramadhan 1434 bersamaan 11 Ogos 2012, ahli-ahli Film Junkies Unite bersama rakan-rakan  termasuk ahli keluarga mengadakan lawatan ke POSHe untuk memberikan sumbangan sempena bulan Syawal/Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi untuk meringankan beban Mak Wan sebagai persediaannya.

Alhamdulillah sumbangan kami seperti makanan, pakaian juga sedikit wang ringgit dapat memberi sinar harapan kepada anak-anak ini untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba, terpancar kegembiraan di muka mereka termasuk Mak Wan.

Syukur kepada Nya, kali ini TV Al-Hijrah turut serta bersama kami untuk membuat liputan tentang rumah POSHe ini. Insyaallah akan di siarkan di saluran Al-Hijrah tidak lama lagi.

*Sabda RASULULLAH SAW : ” Barang siapa yang mengusap kepala anak yatim kerana Allah maka baginya kebaikan yang banyak dari setiap rambut yang ia usap. Dan barang siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan atau laki-laki maka aku dan dia akan berada di Syurga seperti ini, Rasulullah SAW mengisyaratkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.” (HR. Ahmad dari Abu Umamah)

‘Signboard’ baru POSHe🙂

Mak Wan ketika di temuramah oleh wartawan TV Al-Hijrah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: