Perasmian Urban Transformasi Centre(UTC) oleh Perdana Menteri Malaysia

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, telah merasmikan Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang pertama dan juga perintis kepada negara di Jalan Hang Tuah, Melaka pada 23 Jun 2012. Ia telah dihadiri kira-kira 100,000 orang dan turut hadir sama ialah isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam; Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah; dan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dan dalam waktu yang sama Perdana Menteri juga turut melancarkan program Jelajah Janji Ditepati(JJD).

UTC yang beroperasi di bangunan sembilan tingkat menempatkan 70 agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyediakan pelbagai jenis perkhidmatan kepada orang ramai. Pusat setempat itu menyediakan perkhidmatan di bawah 10 kluster termasuk kesihatan, keselamatan, pendidikan, latihan dan pekerjaan, kewangan dan pembangunan belia bermula jam 8.30 pagi hingga 10 malam setiap hari.

Sebelum itu Perdana Menteri telah melawati Pasar Besar Melaka di Melaka Sentral untuk bertemu rakyat serta bersarapan pagi bersama rakyat di tempat tersebut.

Perdana Menteri bersalaman bersama peniaga pasar ketika lawatannya bertemu rakyat di Pasar Besar Melaka di Melaka Sentral pada 23 Jun 2012

Perdana Menteri menghulurkan duit kepada seorang pembeli ketika lawatannya bertemu rakyat di Pasar Besar Melaka di Melaka Sentral pada 23 Jun 2012

Perdana Menteri serta Ketua Menteri Melaka(dua dari kanan) berinteraksi bersama rakyat ketika lawatannya bertemu rakyat di Pasar Besar Melaka di Melaka Sentral pada 23 Jun 2012

Perdana Menteri serta anaknya Ashman(R) menaiki beca di sepanjang Jalan Hang Tuah menuju ke tapak perasmian Bangunan UTC dan JJD pada 23 Jun 2012.

Perdana Menteri berbual bersama penarik beca pelancong Iskandariah Yaakub ketika menuju ke tapak perasmian Bangunan UTC dan JJD pada 23 Jun 2012.

Izwan Azir Saleh, sebagai pengacara sempena perasmian Bangunan UTC dan JJD melambaikan bendera Malaysia ketika ketibaan Perdana Menteri pada 23 Jun 2012.

Wan Hj. Wok(L), 83 tahun bersama Datuk Hj. Abdul Rahim melambaikan bendera ketika ketibaan Perdana Menteri di Bangunan UTC pada 23 Jun 2012.

Antara pengunjung yang melambaikan bendera Melaka ketika perasmian Bangunan UTC dan JJD pada 23 Jun 2012.

Salah seorang pengunjung menyaksikan perasmian Bangunan UTC dan JJD oleh Perdana Menteri pada 23 Jun 2012 .

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam memberi ucapan ketika majlis perasmian Bangunan UTC dan JJD pada 23 Jun 2012.

Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melambaikan tangan kepada para pengujung sebelum membuat perasmian Bangunan UTC dan JJD pada 23 Jun 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: