Urban Transformation Centre (UTC)
Bangunan Urban Tranformation Centre(UTC) adalah yang pertama bakal di adakan di Malaysia dan ialah sebuah tempat yang akan menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan dan juga pihak NGO bagi memberikan kemudahan kepada rakyat terutama bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar. Melalui pemusatan agensi kerajaan dan swasta ini akan memudahkan penduduk setempat untuk menjalankan transaksi tanpa perlu pergi ke tempat yang lain.
Perkhidmatan-perkhidmatan ini akan di buka dari jam 8pagi sehingga 10malam.
Ianya terletak di Wisma DMDI (dahulunya bangunan Wisma Persekutuan) yang berhampiran dengan kampus UTeM Bandar di Jalan Hang Tuah dan bersebelahan dengan Stadium Hang Tuah(Stadium Kubu).
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak Razak bakal merasmikan bangunan UTC ini pada 23 Jun 2012(Sabtu). Selain daripada perasmian tersebut pelbagai acara akan di adakan di kawasan sekitar UTC ini dan ia akan berlangsung pada 23-24 Jun 2012.
Projek ini sepenuhnya di tanggung oleh Kerajaan Persekutuan Malaysia.