Perasmian Pesta Sungai Melaka 2012

Majlis Perasmian Pesta Sungai Melaka 2012 yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob pada 8 Jun 2012 juga diturut serta oleh Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, Ahli-ahli Majlis Mesyurat Kerajaan Negeri dan semua Ahli Dewan Undangan Negeri di Dataran Pengkalan Rama Pantai yang berhampiran kolej kediaman pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Bandaraya. Di samping itu terdapat perarakan 14 bot berhias daripada agensi kerajaan dan swasta, persembahan juraian air, pertunjukkan bunga api dan persembahan kebudayaan pelbagai etnik juga diadakan bagi memeriahkan majlis perasmian.

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd. Ali Rustam membuat ucapan alu-aluan perasmian di Majlis Perasmian Pesta Sungai Melaka 2012 di Dataran Pengkalan Rama Pantai, Melaka pada 8 Jun 2012.

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd. Ali Rustam sambil di iringi oleh Datuk Baharom Majid, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) ketika membuat ucapan alu-aluan perasmian di Majlis Perasmian Pesta Sungai Melaka 2012 di Dataran Pengkalan Rama, Melaka pada 8 Jun 2012.

Ketua Menteri Melaka, YAB Datuk Seri Mohd. Ali Rustam(L) dan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob(R) menonton pertunjukkan bunga api sebagai rasminya pelancaran Pesta Sungai Melaka 2012 di pentas utama di Dataran Pengkalan Rama Pantai, Melaka pada 8 Jun 2012.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: