Positive Shelter Home(POSHe) – A new year visit for a new hope(2012)

Projek bernama POSITIVE SHELTER HOME (POSHE) adalah sebuah rumah perantaraan (half-way-home) dan perlindungan untuk kanak-kanak dan wanita dewasa pembawa HIV/AIDS. Projek ini adalah dibawah Pertubuhan Perlindungan Pembawa HIV Positif Wilayah Persekutuan dan Selangor yang telah didaftar dengan Registration Of Society (ROS) pada bulan Januari 2009. Projek ini telah dihasilkan dengan tujuan untuk melindungi, menjaga dan membela hak kanak-kanak dan memulihkan semangat wanita dewasa.
Berikutan fenomena tragik HIV/AIDS di Malaysia sekarang, jumlah kanak-kanak yatim/piatu pembawa HIV/AIDS juga bertambah. POSHE sekarang mempunyai 9 kanak-kanak yang menjadi mangsa HIV Positif dan sedang bergantung dengan ubat untuk meneruskan kehidupan yang kini belum ada ubat penawar untuk menghapuskan virus yang ada dalam darah mereka. Nasib mereka ini juga masih menghadapi stigma dan diskriminasi.

Pada 1 Januari 2012 kami iaitu Sarip, Damak, Hj. Majdi, Zul, Ajib, serta bersama keluarga dan beberapa orang lagi telah menziarahi rumah POSHe  di Bandar Tun Razak, Cheras ini untuk menyerahkan sedikit sumbangan sempena musim sesi persekolahan baru di buka dan juga perbelanjaan harian untuk mereka, moga pengorbanan Mak Wan hanya Allah jua yang dapat membalasnya. Terima kasih juga kepada mereka yang menghulurkan sumbangan, moga tuan/puan di rahmatiNya.

Mak Wan ialah orang yang bertanggungjawab menubuhkan POSHe dan menjaga kanak-kanak ini, beliau banyak berkorban demi mereka tanpa mengira waktu dan masa, penat dan lelah walaupun suatu ketika Mak Wan kaki nya sakit. Insyallah Allah akan membalas jasa beliau.

Tuan Hj. Majdi(R) memberi sedikit sumbangan kepada Mak Wan sempena sesi persekolahan baru yang bakal dibuka, dan meringankan sedikit bebanan POSHe.

Sarip dan Zul bergambar bersama kanak-kanak POSHe..

klik POSHe

One thought on “Positive Shelter Home(POSHe) – A new year visit for a new hope(2012)

  1. Pingback: Positive Shelter Home(POSHe) – Bantuan Sempena Sambutan Hari Raya(2012) « Nazrulhad Hashim

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: