Festival Antarabangsa Baba dan Nyonya

Festival Antarabangsa Baba Nyonya yang berlangsung di Taman Warisan, Jonker Walk, Melaka di sini selama tiga hari bermula pada 16 hingga 18 Disember 2011. Ia adalah festival kali kedua di adakan di mana festival yang pertamanya di adakan di Pulau Pinang dan kali ini Festival Antarabangsa Baba dan Nyonya telah di rasmikan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam bertujuan mempromosikan industri pelancongan di negeri ini yang berorientasikan kepelbagaian kaum dan kebudayaan.

Dalam festival ini pengunjung akan disaji dan dihiburkan dengan majlis perkahwinan Baba dan Nyonya, persembahan dondang sayang, keroncong, pertunjukan fesyen kebaya Nyonya dan pertandingan Ratu Kebaya Nyonya di Pentas Jonker Walk.
Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat antaranya Melaka. Mereka memanggil diri mereka sebagai “Baba” atau “Peranakan” kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi Cina dan dipengaruhi unsur-unsur kebudayaan Melayu.

Perarakan masuk pasangan Baba dan Nyonya ke Jonker Walk, Bandar Hilir, Melaka ketika Upacara Perkahwinan Baba dan Nyonya di Festival Antarabangsa Baba dan Nyonya.

Perarakan masuk pasangan Baba dan Nyonya ke Jonker Walk, Bandar Hilir, Melaka ketika Upacara Perkahwinan Baba dan Nyonya di Festival Antarabangsa Baba dan Nyonya.

Pasangan Baba dan Nyonya memberi pernghormatan tiba ke Pentas Jonker Walk, Bandar Hilir, Melaka ketika Upacara Perkahwinan Baba dan Nyonya di Festival Antarabangsa Baba dan Nyonya.

Pertunjukan Upacara Perkahwinan Baba dan Nyonya yang diadakan di Pentas Jonker Walk, Bandar Hilir, Melaka ketika Festival Antarabangsa Baba dan Nyonya.

Baba dan Nyonya membuat persembahan nyanyian Lagu Rasa Sayang di Pentas Jonker Walk, Bandar Hilir, Melaka ketika Festival Antarabangsa Baba dan Nyonya.

YB Datuk Hjh Norpipah(C) dalam upacara minum teh sebagai tanda terima kedatangan pasangan Baba dan Nyonya dalam upacara perkahwinan Baba dan Nyonya sambil di perhatikan oleh Chef Florence Tan di Pentas Jonker Walk.

Seorang ‘Nyonya’ sedang memperagakan kebaya Baba dan Nyonya Pentas Jonker Walk, Bandar Hilir, Melaka ketika Festival Antarabangsa Baba dan Nyonya.

Antara ‘Nyonya’ sedang memperagakan kebaya Baba dan Nyonya Pentas Jonker Walk, Bandar Hilir, Melaka ketika Festival Antarabangsa Baba dan Nyonya.

‘Nyonya-nyonya’ beratur ketika membuat persembahan memperagakan baju kebaya di Pentas Jonker Walk, Bandar Hilir, Melaka ketika Festival Antarabangsa Baba dan Nyonya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s